Wednesday, July 30, 2008

Sambutan Isra' dan Mikraj Peringkat SKSV

TERKINI!

Panitia Agama Islam akan menganjurkan sambutan Isra' dan Mikraj sebagaimana berikut :
  • Tarikh : 01 Ogos 2008
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 10.50 pagi - 12.20 tgh
  • Tempat : Dewan SKSV
Acara yang dicadangkan pula ialah :
  • Ceramah / Persembahan Power Point berkaitan Isra' Mikraj
  • Kuiz & Soal jawab

Budak Bikin Aksi Terlampau - Harian Metro

Oleh : Mohd Azam Shah Yaacob (mohdazam@hmetro.com.my)

Apakah perasaan anda (sebagai seorang guru? mahasiswa? orang awam?) apabila membaca artikel sebegini saban hari..? Mungkah 'INI BUDAYA KITA' ? Bukan isu Siapa dan bila?
Ini BUKAN SURUHAN AGAMA KITA..


KUALA LUMPUR: Ibu bapa gempar apabila klip video bertajuk ‘budak-budak pun dah pandai sekarang’ yang memaparkan aksi ‘main-main seks’ sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan tersebar secara meluas di seluruh negara.

Klip video selama 30 saat itu memaparkan sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai berusia lapan tahun cuba melakukan adegan seks dengan melucutkan pakaian selain berciuman.

Paparan aksi lucah itu dipercayai diambil dari atas sebuah bangunan terbiar, namun tidak dapat dipastikan sama ada membabitkan kanak-kanak di negara ini.

Namun, perbuatan pelakon cilik terbabit jelas memaparkan masalah sosial masa kini berikutan kanak-kanak tertarik untuk mencuba melakukan hubungan seks dipercayai kerana terlalu banyak menonton VCD dan DVD lucah.

Harian Metro pada 25 Julai lalu melaporkan pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak permainan seks dengan saudara-mara berikutan ketagih menonton VCD lucah.

Pengedaran klip video bertajuk ‘budak-budak pun dah pandai sekarang’ itu didedahkan seorang pekerja swasta, Fahmi Mohd Aslan, 19, yang menghubungi Harian Metro, semalam.

Menurut Fahmi, dia memperoleh klip video itu daripada jiran yang bersekolah menengah dan sangat terkejut apabila perlakuan itu bukan dilakukan orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak dipercayai berusia lapan tahun.

“Dua minggu lalu, saya berjumpa rakan yang menyatakan terdapat klip video aksi pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan cuba melakukan seks.

“Saya yang tidak mempercayai kata-katanya kerana menyangka ia hanya gurauan kemudian terperanjat apabila menyaksikan klip video itu,” katanya yang percaya klip video itu tersebar secara berleluasa di seluruh negara melalui e-mel dan telefon bimbit.

Sementara itu, seorang bapa, Azman Salleh, 41, yang ditemui Harian Metro, berkata dia tidak menyangka klip video berkenaan memaparkan aksi ‘main-main seks’ kanak-kanak.

“Setahu kita, kebanyakan klip video membabitkan remaja tetapi kini, kanak-kanak yang langsung belum mencapai tahap baligh,” katanya.

Katanya, pasangan kanak-kanak itu mungkin meniru apa yang dilihat mereka seperti bahan lucah atau iklan atau program televisyen yang mempunyai unsur lucah.

“Pendedahan kanak-kanak terhadap bahan seperti itu akan menyebabkan mereka tertarik untuk mencubanya kerana mungkin ia sesuatu menyeronokkan.

“Mungkin juga mereka terlihat perlakuan ibu bapa tanpa sengaja,” kata Azman yang mempunyai tiga anak.

Malah, dia mengakui risau dengan penyebaran klip video itu kerana boleh menjadi tontonan kanak-kanak lain.

“Yang menjadi kerisauan saya juga ialah kanak-kanak dipergunakan pihak tertentu untuk mencari keuntungan,” katanya.

Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Faizah, pula menyebut paparan dalam klip video terbabit membuktikan keruntuhan moral golongan muda masa kini yang terlalu bebas dan gemar berpeleseran di tempat awam tanpa segan silu.

Katanya, faktor kemajuan negara tanpa kawalan ketat memungkinkan kanak-kanak didedahkan dengan kecanggihan teknologi tanpa pemantauan daripada ibu bapa.

“Tengok kebanyakan remaja kini yang berpakaian menjolok mata ibarat tak cukup kain nak pakai...itu sudah cukup membuktikan bahawa ibu bapa sendiri tidak kisah mengenai anak mereka dan apa yang dilakukan.

“Apa perlu yang dihairankan jika kini kanak-kanak seawal usia lima tahun pun sudah mula menonton dan menggayakan aksi terlampau terbabit,” katanya yang menempelak sesetengah pihak, terutama ibu bapa yang mengabaikan anak kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan.

Bagi mengatasi masalah terbabit, Faizah meminta masyarakat kembali kepada pegangan agama yang ternyata sudah banyak menyelamatkan individu bermasalah rendah moral

Tuesday, July 29, 2008

Sambutan Isra & Mi'raj



* Tiada aktiviti / majlis formal peringkat sekolah dirancang sehingga post ini ditulis.
* Edaran Risalah berkaitan Isra' Mi'raj: Pengajaran dan Beberapa Fakta Menarik.. akan dicetak dan diedar kepada semua guru dan murid Islam.

Semak Ujian PTK Sesi Ogos



Status Pendaftaran PTK Ogos 2008 boleh disemak melalui SMS mulai 30 Julai 2008 Untuk semak: taip INFOPTK No.KP Baru dan hantar ke 39003 atau On-line di Majlis Peperiksaan Malaysia



Ikrar Guru Pendidikan Islam

SESUNGGUHNYA KAMI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
BERJANJI DAN BERIKRAR AKAN MELAKSANAKAN
TUGAS DENGAN SEMANGAT DEDIKASI
BERTANGGUNGJAWAB, DAN PENUH KOMITMEN
TERHADAP TUGAS YANG DIAMANAHKAN.

KAMI BERJANJI DAN BERIKRAR,
AKAN MENAMPILKAN IMEJ-IMEJ
PROFESIONAL SEPERTI BERIKUT:
IKHLAS, KEMAS, BERDISIPLIN, BERSATU HATI,
MEMPUNYAI AKAUNTABILITI YANG TINGGI,
DAN AKUR PADA ARAHAN.

KAMI BERJANJI DAN BERIKRAR
TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN
TANGGUNGJAWAB INI DEMI MENINGKATKAN PENDIDIKAN
NEGARA DAN MEMPERKASAKAN
PENDIDIKAN ISLAM SERTA MENGANGKAT MARTABAT
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM.

*dipetik dari buku keluaran Unit kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Selangor.

Monday, July 28, 2008

Kes demam misteri disah Chikungunya


Oleh Nurhasyima Hasim
nurhasyima@bharian.com.my

Empat daripada 100 rumah ada sarang Aedes

KUALA LUMPUR: 'Demam misteri' atau demam sendi yang melanda penduduk sekitar Slim River, Perak sejak beberapa bulan lalu disahkan demam Chikungunya dengan setakat ini hanya 20 kes dilaporkan dan bukan 50 kes seperti yang didakwa sebelum ini.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata Chikungunya mempunyai gejala klinikal seperti demam denggi iaitu demam panas mengejut dan berlarutan hingga seminggu, sakit sendi teruk, ruam dan sakit kepala.

Beliau berkata, daripada 107 orang yang diperiksa di daerah itu, 20 disyaki menghidap penyakit berkenaan tetapi ujian darah yang dilakukan mengesahkan hanya enam pesakit dijangkiti demam Chikungunya.

"Daripada 20 pesakit, lapan dikesan melalui pemeriksaan doktor, manakala bakinya diketahui melalui siasatan kementerian di tiga kampung di Slim River.

"Kes pertama dilaporkan di Kampung Rasau pada 17 Julai lepas," katanya semalam.

Hasan berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan kementerian di hampir 1,000 rumah mendapati empat daripada setiap 100 rumah menjadi sarang pembiakan Aedes.

"Penyemburan asap kabus dilakukan di 1,500 rumah dan 32 pemilik rumah dikompaun kerana tidak mempedulikan kebersihan hingga menyumbang pembiakan Aedes yang serius," katanya.

Mengulas penyakit sebenar gagal dikenal pasti awal walaupun ujian darah dilakukan, Hasan menjelaskan, ia mungkin disebabkan pesakit masih pada peringkat awal hingga ujian darah yang juga mengesan tahap antibodi pesakit, tidak menunjukkan keputusan positif.

"Proses tubuh mengeluarkan antibodi bagi melawan penyakit mengambil masa lima hingga tujuh hari selepas dijangkiti penyakit," katanya.

Misteri 'Demam Sendi'

Misteri 'demam sendi' - Pendakwa asing dakwa penyebar


SEORANG jururawat mengambil darah seorang penduduk, Sabeah Abdullah, 71, yang mempunyai simptom wabak demam sendi di Kampung Rasau, Slim River semalam.


SLIM RIVER - Penduduk Kampung Rasau di sini yang kini sedang 'diserang' demam sendi mendakwa wabak tersebut disebarkan oleh pendatang asing yang ramai bekerja di ladang getah dan kelapa sawit berhampiran.

Seorang penduduk, Anita Hamzah, 38, mendakwa penduduk kampung percaya penyakit 'misteri' itu mula tersebar sejak kira-kira sebulan lalu melalui seorang lelaki Indonesia yang bekerja kontrak di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.

"Saya dapat tahu pekerja Indonesia dalam lingkungan 30-an itu tiba-tiba kejang dan rebah akibat terkena demam sendi ketika sedang bekerja di ladang hingga terpaksa dipapah pulang ke rumah Orang Asli yang turut bekerja di situ," dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau ditemui ketika sedang mendapatkan rawatan daripada sepasukan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Batang Padang bersama-sama kira-kira 30 penduduk kampung tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung Rasau.

Anita berkata, sejak kejadian pertama itu, penyakit tersebut mula menular dan menyerang satu demi satu penduduk Kampung Rasau dan kini sedang merebak di kawasan berhampiran termasuk Kampung Balun, perkampungan Orang Asli dan pekan ini.

Beliau berkata, selain dirinya, ibunya, Sabiah Abdullah, 71, dan anak lelakinya, Asni Muzamin Abdul Rahman, 12, turut ditimpa penyakit yang menyebabkan sendi anggota badan sakit dan lemah sehingga terasa seperti lumpuh dan pesakit terpaksa merangkak dan dipapah untuk bergerak.

Sunday, July 27, 2008

Slim River dilanda 'demam misteri'

----> Berita ini dipetik dari akhbar Berita Harian Online




MURAM: Jalan masuk ke Kampung Rasau lengang berikutan
demam sendi melanda kampung berkenaan.


Doktor gagal kenal pasti penyakit sebenar

SLIM RIVER: Penduduk sekitar daerah Slim River kini hidup dalam kebimbangan berikutan menularnya penyakit berjangkit yang digelar 'demam sendi' di kalangan penduduk tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Setakat ini, lebih 50 kes dilaporkan dengan kesan awal penghidap ialah berasa lemah seluruh anggota badan, suhu badan meningkat mendadak, hilang selera makan, timbul ruam merah di badan diikuti sakit teruk di bahagian sendi serta sukar bergerak.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Rasau apabila 25 kes dilaporkan dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan berusia 20 tahun ke atas.

Tinjauan Berita Minggu ke kampung berkenaan semalam mendapati terdapat 10 mangsa yang masih mengalami demam itu berada pada tahap kritikal termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Menghairankan, doktor termasuk di Klinik Kesihatan Daerah Slim River yang merawat semua mangsa demam berkenaan gagal mengenal pasti penyakit sebenar dihidapi mereka biarpun selepas melakukan ujian darah.

TAK BERDAYA: Mohd Junit (kiri) dan Ariffin Ahad memapah mangsa demam sendi, Mohamad Nor Bidin, 11.

Seorang doktor klinik swasta di pekan Slim River yang enggan namanya disiarkan berkata, kesan penyakit itu menyerupai demam campak dan denggi.

"Hampir setiap hari ada penduduk daerah ini terutamanya dari Kampung Rasau datang ke klinik saya. Kebanyakan yang datang berada pada tahap kritikal dan terpaksa dipapah. Selepas memberikan suntikan ubat penahan sakit, saya menasihatkan mereka pergi ke hospital.

"Saya juga sudah melakukan ujian darah tetapi gagal mengenal pasti penyakit sebenar dihadapi. Simptom penyakit demam sendi ini hampir sama dengan demam campak dan denggi. Ia berlarutan antara empat hari hingga dua minggu.

"Saya kategorikan penyakit ini agak serius kerana seseorang yang mengalaminya tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Penyakit ini menyebabkan sendi penghidapnya sakit teruk dan jika ia menyerang bahagian sendi lutut atau pergelangan kaki, seseorang itu tidak dapat bergerak dan terpaksa mengesot," katanya.

Beliau berkata, demam itu dipercayai merebak melalui nyamuk dan beliau sudah memaklumkan kepada pegawai kesihatan daerah supaya membuat pemantauan kerana bimbang jika dibiarkan berlarutan, penyakit itu boleh bertambah serius.

Sementara itu, Ketua Kampung Rasau, Mohd Junit Zakaria, 64, berkata pada peringkat awal penduduk beranggapan ia hanya demam biasa tetapi apabila semakin ramai diserang penyakit itu, penduduk mula cemas.

Katanya, setakat ini sudah 25 penduduk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Slim River, Hospital Slim River dan klinik swasta namun sehingga kini punca sebenarnya belum lagi diketahui.

"Penduduk memaklumkan bahawa apabila mereka diserang demam ini badan mereka mulai rasa panas dan kurang selesa dan muntah-muntah serta hilang selera makan.

"Selepas itu mereka akan berasa sakit pada bahagian sendi seluruh badan sehingga ada yang tidak mampu berjalan dan terpaksa merangkak serta dipapah untuk ke bilik air.

"Kemudian timbul bintik kecil seperti ruam berwarna merah di bahagian badan seperti demam denggi dan apabila bintik itu hilang maka demam mulai reda. Namun, apa yang membimbangkan, ada kes penyakit itu berulang menyerang mangsa sama," katanya.

Mohd Junit berkata, beliau bimbang dengan wabak misteri ini dan hairan sehingga kini pihak berkuasa tempatan (PBT) belum mengambil apa juga tindakan untuk langkah pencegahan menyebabkan penduduk mulai rasa takut.

"Saya berpendapat penyakit ini sudah menjadi wabak kerana ia merebak dengan cepat," katanya.

INFO: Simptom demam sendi

  • Lemah badan
  • Badan menggigil kesejukan
  • Suhu badan meningkat
  • Hilang selera makan
  • Sakit teruk di bahagian sendi
  • Sukar bergerak
* Mohd Noor: Murid Tahun 5 Bestari ?

Saturday, July 26, 2008

Isra' Dan Mi'raj : Pengajaran

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir � 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh �Atiah Saqar � soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi � soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5_____al-Qaradawi � soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).

6 _____Ibid. - lanh _

Thursday, July 24, 2008

Kursus JU j-QAF Negeri Perak

Kursus Jurulatih Pendidikan Islam (J-qaf) Peringkat Negeri Perak Tahun 2008 akan diadakan :

Tarikh : 28 Julai 2008 (Isnin)
Masa : 8.00 - 8.30 pg (pendaftaran)
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri perak
Jln Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 20010 Ipoh Perak


*Wakil SKSV : Ustzh Nor Azian Bt. Ismail

Wednesday, July 23, 2008

Benarkah politik (siasah) itu kotor?

(Gambar Hiasan)

Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentang perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan oleh sesetengah pihak.

Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebih-lebih lagi tiada mana negara-negara umat Islam yang menjalankan sistem politik yang berasaskan Siasah Syariah sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senario politik menunjukkan, bahawa negara-negara Arab sama ada di utara Afrika dan di Teluk lebih cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagainya.

Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemudian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projek-projek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup.

Tindakan-tindakan negatif seumpama itu memberi impak besar kepada kelancaran perjalanan sistem politik negara, yang akhirnya mengheret rakyat untuk membenarkan tindakan mereka. Tidakkah pengamalan politik seumpama itu mencemari demokrasi yang difahami umum sebagai satu sistem yang boleh dipercayai?

Justeru, penjelasan mengenai politik sama ada kotor atau sebaliknya perlu diberi pendedahan secara ilmiah.

Ia bertujuan mendidik rakyat agar sentiasa menjadi individu warganegara yang bukan hanya sekadar menerima pelaksanaan sesuatu konsep politik, malah bersedia untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran politik yang bersumberkan kepada wahyu kebenaran Ilahi.

Jika pelaksanaan sistem politik dalam sesebuah negara berjalan mengikut kebenaran wahyu Ilahi, maka maksud sesuatu penyelewengan dalam sistem politik tidak akan berlaku seperti yang ditegaskan.

Konsep politik dari sudut teori, praktikal

Ia merupakan antara disiplin ilmu penting serta mempunyai kedudukan tersendiri.

Ada pun dari sudut praktikal ia memberi kebaikan jika negara ditadbir mengikut lunas-lunas sistem pentadbiran dan pemerintahan berasaskan kebenaran agama yang diceduk daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik sepanjang zaman.

Sehubungan itu, Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.

Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (sila lihat at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah m.s 13-15)

Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat.

Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din 1/17 bab tentang ilmu, Dar al-Makrifah, Beirut).

Konsep pemerintah menurut hukum Siasah Syar'iah

Para ulama bersepakat menyatakan, bahawa pemerintah (khalifah) adalah pengganti kepada pelaksana Syariat Islam pertama iaitu Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda merupakan penjaga kepada agama Islam dan dasar-dasar politik dunia yang berteraskan kepada agama.

Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja seorang pendidik, motivator, hakim, malah seorang ahli politik yang berjaya sebagai ketua negara atau pemerintah umat Islam yang disusuli dengan para pemerintah di kalangan Khulafa Rasyidun yang telah melakarkan sejarah gemilang kerana berjaya memerintah negara dengan penuh keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat berasaskan ilmu pengetahuan dan keimanan yang kental.

Tetapi apa yang menjadi masalah kepada rakyat di negara-negara umat Islam hari ini, ialah mereka tidak mendapatkan para pemerintah yang melaksanakan sistem politik dalam negara masing-masing yang bersih, adil, telus, kerana ia diimport daripada peraturan dan undang-undang barat yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.

Maka lahirlah para pemimpin atau pemerintah yang memiliki cita rasa memerintah dengan peraturan yang sedikit pun tidak ada kena mengena dengan Islam. Mereka sanggup menjadi penyambung golongan penjajah yang memisahkan rakyat daripada agama, malah memperkenalkan ideologi falsafah yang cenderung kepada mengutamakan akal semata-mata.

Justeru, lahirlah gerakan-gerakan Islam yang tersohor seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan beberapa negara Arab lain, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, MILF di Filipina, PAS di Malaysia dan sebagainya yang berani memasuki arena politik kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka melihat bahawa hukum dan undang-undang Islam tidak akan sempurna melainkan terlibat dalam politik bagi memegang kuasa eksekutif untuk melaksanakan Islam.

Sikap dan tindakan berani gerakan Islam berkenaan menceburi bidang politik, sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat, bahawa Islam hanya boleh dibahaskan di masjid-masjid atau pun di surau-surau, malah membebaskan pemikiran masyarakat tidak hanya beranggapan bahawa ahli politik tidak boleh bercakap mengenai agama, sedangkan baginda Rasulullah menerusi sirahnya telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin negara, pentadbir atau imam di masjid tanpa melakukan pemisahan antara agama dan politik.

Apabila tidak ada individu yang faham Islam dengan sebaik-baiknya menceburi politik, sudah pasti banyak elemen agama tidak boleh diperjuangkan. Ini dapat dilihat bagaimana parti-parti politik berhaluan Islam di Algeria dan Tunisia tewas dan segelintir sahaja sebagai wakil rakyat di Parlimen, maka pihak berkuasa yang berhaluan Sekular sebagai golongan majoriti telah mengisytiharkan pengharaman pemakaian hijab (tudung kepala) di universiti-universiti seluruh negara tanpa dapat dihalang kerana ketiadaan kuasa untuk menghalang.

Malah pihak berkuasa begitu angkuh dengan nada sinis mengatakan di Parlimen, bahawa pemakaian hijab itu bukan sebahagian daripada pakaian Islam, malah ia lebih kepada pakaian suku kaum tertentu, sebagaimana solat hari raya di kawasan lapang bukanlah sunnah nabi, malah ia adalah solat politik yang dicetuskan oleh pembangkang.

Justeru, tindakan kejam pemerintah dengan membelakangkan hukum-hukum Allah, sedikit sebanyak memberi gambaran yang tidak sihat mengenai Islam, pada masa sama tindakan memberi dan menerima rasuah, berkepentingan adalah di antara aspek yang dikenal pasti merosakkan imej Islam di mata masyarakat hingga menyifatkan politik adalah satu agenda atau wadah jijik lagi kotor yang sepatutnya dijauhi.

Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanam bibit-bibit fahaman Sekular dalam minda, cara dan gaya hidup umat Islam agar terus berbangga bahawa Sekular lebih baik daripada Islam.

Rasulullah contoh terbaik ahli politik

Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. bukan sekadar menyeru manusia seluruhnya untuk beribadat dalam konteks solat semata-mata, tetapi perkara yang lebih besar daripada itu, iaitu menjalankan tugas utama manusia di muka bumi ini menjadi khalifah Allah, dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah.

Apabila ia berjaya dilaksanakan dalam sebuah negara yang diperintah oleh individu yang cintakan Islam, maka seluruh bentuk ibadat khusus dan umum boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Kekhilafahan yang dijalankan oleh baginda itu, berteraskan kebenaran wahyu Ilahi walaupun pada masa itu ayat-ayat al-Quran masih di peringkat penurunan sedikit demi sedikit, tetapi apa yang penting kesediaan dan kesanggupan baginda yang dibantu oleh para sahabat untuk mendaulatkan Syariat agama Allah dalam bentuk yang lebih praktikal.

Sebagai ahli politik berpengaruh yang mentadbir negara, baginda meletakkan asas-asas keimanan menjadi agenda utama dalam diri segenap manusia tanpa mengira perbezaan suku kaum, malah telah menyediakan dasar dalam dan luar negara yang komited kepada Islam.

Mengenai dasar politik dalam negara, baginda menyediakan asas kemudahan rakyat sama ada dari sudut pembelajaran, keperluan hidup menjadi tanggungjawab pemerintah seperti air, api dan padang rumput yang boelh dikongsi sama oleh segenapa lapisan masyarakat.

Sementara dasar luar negara pula, baginda berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada para pemerintah melelaui para utusan baginda bagi menyakan kesediaan mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Justeru, baginda mengarahkan umat Islam supaya mengeluarkan zakat dan bukan Islam pula dikenakan bayar cukai, ia tidak lain adalah bertujuan untuk keharmonian rakyat sejagat melalui agenda mantap sistem perekonomian yang berteraskan al-Quran.

Kejayaan baginda itu ditiru dan diteruskan oleh para pemimpin selepas kewafatan baginda seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman Affan, Ali bin Abi Talib dan beberapa pemerintah selepas itu.- lanh_


-terima kasih kepada penulis sebenar artikel ini: Ustaz Zainudin Hashim

Tuesday, July 22, 2008

Genap 100 hari GPI SKSV di alam blog...

Salam untuk semua pembaca..

Pejam celik..pejam celik.. esok genap 100 hari GPI SKSV melibatkan diri dalam dunia blog ini. Terima kasih pada penganjur kursus pembinaan blog untuk Guru Pendidikan Islam yang dianjurkan oleh PKG Slim.. Tidak lupa juga pada penceramah jemputan kursus tersebut (En. Saharidun), juga terima kasih kepada Ketua Panitia Pend. Islam (Ustazah Rosmawati) yang sudi memberi laluan pada saya menghadiri kursus @ bengkel tersebut.

Dapatan dari bengkel tersebut, penulis terus mengamalkan apa yang telah diajar.. dan dengan sedaya upaya cuba untuk mengembangkannya pada sahabat-sahabat di SKSV. Juga kepada beberapa sahabat online yang ingin berkongsi ilmu dengan penulis.

Namun, sebagai seorang manusia.. yang sentiasa tamak.. (dalam mencari ilmu) penulis merasakan blog ini masih lagi di tahap yang amat lemah, jika dibandingkan dengan blog-blog sekolah di negeri lain, kemas, tersusun dan menarik.

Penulis juga mengucapkan syabas pada beberapa Blog Panitia Pendidikan Islam @ jQAF yang sangat menarik dan informatif. Dalam erti kata lain, guru agama sekarang celik IT setaraf dengan guru biasa.

Blog Panitia Pendidikan Islam SKSV tidaklah sehebat blog-blog yang disebut tadi. Inilah hasilnya yang anda semua sedang layari.. ada yang berkaitan dengan SKSV sahaja, ada yang berkaitan dengan dunia pendidikan Islam, Khutbah Mingguan (khusus untuk Khatib-khatib terpilih) endek kata, macam-macam ada..

Penulis juga membuat penelitian betapa kurangnya bahan rujukan @ contoh soalan untuk pelajaran Pendidikan Islam dan Tulisan Jawi Tahun 1 hinga Tahun 6 di internet. Apakah guru-guru agama masih lagi menulis soalan dengan tangan setiap kali ujian bulanan diadakan? Jika sudah menggunakan komputer, kenapa kita terlalu berkira untuk menguploadkan soalan-soalan itu di internet? Seperti yang sahabat kita lakukan... Barakallah fik.

Alangkah beruntungnya kita kalau dapat berkongsi bahan-bahan ujian yang kita telah buat, untuk dibandingkan dengan kawan-kawan lain.. supaya ada pembaikan dan pembetulan. Kalau guru-guru akademik dengan mudah mendapatkan contoh-contoh soalan ujian dan latihan topikal di internet, bagaimana pula dengan guru agama di seluruh negara? Adakah kita rasakan.. itu bukan untuk dikongsi? "Buatlah sendiri... Bukannya susah sanagat..." Sikap begini patut diubah mulai sekarang.

Kepada guru-guru yang telah menyediakan bahan-bahan untuk Pendidikan Islam, sangat-sangat dihargai..

Akhir kalam, penulis mendoakan semoga segala amal kebaikan kita di dunia maya ini diganjar Ilahi dengan seadilnya.. Janganlah kita merasa ini semua sia-sia, tetapi untuk kebaikan guru dan murid secara amnya...

Wassalam.


Monday, July 21, 2008

Solat Berlainan Tingkat

Fatwa makmum wanita dan lelaki berlainan aras berjemaah


Soalan 28

Pohon penjelasan atau fatwa berhubung dengan sembahyang berjemaah di dalam madrasah dua tingkat laki-laki di bawah, perempuan di atas?


Jawapan

Sah sembahyang berjemaah di dalam madrasah dua tingkat, laki-laki di bawah, perempuan di atas atau sebaliknya dengan syarat di antara lain – tiada suatu yang mendinding atau menghalang di antara makmum dan imam yang mana boleh makmum pergi kepada imam dengan tiada membelakangkan kiblat. Dan makruh hukumnya jika tiada sama kedudukan di antara makmum dan imam iaitu salah satunya tinggi dari yang lain dan tidak ada apa-apa hajat, maka jika ada hajatnya seperti imam di tempat tinggi kerana hendak mengajar makmum sifat-sifat sembahyang dan kelakuan sembahyang atau makmum di tempat tinggi kerana tujuan mentabligh takbir imam maka kedua-dua makmum dan imam boleh duduk di tempat yang sama tinggi rendahnya, jika tidak demikian umpama tempat sembahyang itu dibuat atas bentuk tinggi rendah maka tiadalah menjadi makruh.


-sumber: Jabatan Mufti Negeri Kedah


*Posting ini adalah bagi menjawab soalan yg diajukan oleh seorang guru SKSV. Harap maklum.


Saturday, July 19, 2008

Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 1429H

*maklumat berikut diambil dari laman web rasmi KPM*

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum akan terdapatnya banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga kalangan ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008 yang akan disambut pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) 2008.

Sila muat-turun surat siaran seperti yang dilampirkan di bawah (format .PDF)

Surat Siaran Cuti Berganti Hari Raya

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....Letakkan di blog pun boleh, kan?

-teks ini diambil dari blog http://ajebebeno.blogspot.com/

Khutbah Jumaat Bulan Julai

Khutbah Minggu Ini... 18 Julai 2008
MEMELIHARA HAK-HAK ALLAH

Khutbah Minggu Lepas 11 Julai 2008
TIADA DALAM SIMPANAN JAKIM.
(Kenapa? Harap Pihak JAKIM dapat meletakkan semula Khutbah tersebut untuk rujukan umum.)

Khutbah 2 Minggu Lepas 4 Julai 2008
PENGHAYATAN TERHADAP KONSEP HALALAN TAYYIBAN

Thursday, July 17, 2008

Soalan Ujian Selaras Sivik Tahun 6

Contoh Soalan Ujian Selaras subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 6

klik di sini --->>>> SIVIK TAHUN 6


* Tumpang blog PAI SKSV.. kerana Blog PSK SKSV belum wujud.

Wednesday, July 16, 2008

Permohononan Ke Program Pengijazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008



Dukacita dimaklumkan akses ke aplikasi Permohononan mengikuti Program Pengijazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008 yang dijadualkan pada 16 Julai 2008 (Rabu) terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain. Sila lawati laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh terdekat untuk memohon program tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

Unit Kursus Dalam Perkhidmatan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2-6, Blok E13,Parcel E
Kompleks PentadbiranKerajaan Persekutuan
62604Putrajaya

Tel : 03-88841315


dipetik dari laman web KPM

Iklan : Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

Tuesday, July 15, 2008

Seni Bunyi Islam


SENIMAN Islam sejati menghasilkan karya melalui seni bunyi yang tenang.


TIDAK ramai yang menyedari seni bunyi atau handasah al-Sawt dalam tradisi peradaban Islam mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan umat Islam.

Seni bunyi seperti mana seni tampak, seni arca dan seni-seni yang lain mempunyai prinsip-prinsip tertentu yang dapat mengawal para pelakunya atau pun para seniman supaya tetap tunduk dan patuh kepada konsep pandangan hidup tauhid.

Menurut Fatimah Ali dalam tulisannya, Seni bunyi menurut perspektif Islam, elemen tauhid bukan saja penting bagi penggunaan genre agama dalam handasah al-sawt tetapi juga ia telah menyemai pemikiran dan penglibatan orang Islam terhadap bentuk-bentuk seni bunyi yang lain.

Seni bunyi Islam yang dihasilkan jelas merealisasikan sifat-sifat keesaan, keagungan, yang tidak ada akhir dan yang tidak ada permulaan.

Dengan kata lain, menerusi konsep tauhid, para seniman bukan disuruh meniru atau menguasai alam ciptaan tuhan, sebaliknya, menerusi ciptaan itu, ia dengan penuh kesedaran dapat merealisasi kedudukan dirinya dalam hubungan dengan penciptanya.

Kepada muslim, menghayati keindahan ciptaan Allah, sama ada menerusi visual mahupun audio, sesungguhnya membawa berzikir kepada Allah dengan segala kesempurnaannya.

Tegasnya seni bunyi Islam harus dapat mencernakan konsep tauhid dan dapat, difahami dalam konteks itu. Ciri-ciri seni bunyi Islam dalam apa bentuk persembahannya jelas membezakannya daripada ciri-ciri muzik sekular yang sudah pasti penghasilan karya seninya tidak jelas daripada segi matlamat, nilai dan etika.


BUKU Atlas Budaya Islam tulisan Profesor Ismail Al-Faruqi.


Lebih-lebih lagi ia menjurus kepada budaya hedonis yang mementingkan keseronokan palsu. Ciri-ciri seni bunyi Islam dapat diperincikan seperti berikut, pertamanya ialah abstrak.

Menurut Almarhum Profesor Ismail Al-Faruqi dalam bukunya Atlas budaya Islam (terjemahan bahasa Melayu), salah satu ciri al-Quran yang menentukan pernyataan seni dalam budaya Islam ialah nilai abstrak atau nilai bukan programatik yang ada padanya.

Ini bagi membezakannya daripada isi ciptaan Allah. Jadi, seni bunyi dari tamadun Islam tidak mempunyai kesan dramatik, tidak ada kesan tekanan.

Lantaran itu, seniman Muslim sejati, seperti hasil karyanya sentiasa bersifat tenang. Sifat yang sama juga akan diterapkan kepada para peminatnya. Kualiti abstrak ini begitu dipentingkan untuk menghilangkan hubungan intim antara seni bunyi dan mood atau emosi yang bersifat naturalistik.

Kedua pula ialah penggayaan. Menurut Fatimah Ali, penggayaan atau stylization adalah mekanisme untuk mentrasformasi objek yang natural kepada tidak natural dengan tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya hasil yang bersifat naturalistik yang amat bercanggah dengan konsep tauhid.

Maka itu, objek-objek yang digunakan sebagai kandungannya itu digaya-gayakan supaya hilang 'kenaturalannya' dan yang timbul ialah sifat kesejagatannya.

Ketiga pula ialah melewati batas masa dan geografi. Mesej seni bunyi Islam bukan mesej yang amat peribadi dan lokal sifatnya, tetapi mesej insan sejagat atau universal, yang tidak mengenal batas ruang dan waktu seperti Islam itu sendiri.

Keempat pula ialah dafqah. Dafkah ialah corak atau bentuk yang intriket sifatnya, yang tidak memerlukan awalan dan akhiran, yang wujud dalam seni bunyi.

Seni bunyi ini tidak bergantung kepada satu puncak atau klimaks, sebaliknya mempunyai banyak mini puncak dan peleraian yang berlanjutan. Dalam sebuah lagu terdapat beberapa jenis modul dan unit yang bebas antara satu dengan lain.

Kelima ialah perulangan. Menurut Ismail Al-Faruqi pula, perulangan atau takarur dan simetri atau tawazun adalah dua wajah yang dapat dilihat dalam seni visual dan dapat dinikmati dalam seni bunyi.

Dua wajah ini begitu ditekankan demi membangkitkan sifat non-developmental atau sifat tidak berkembang daripada bentuk infinit yang nantinya akan membawa kepada realisasi konsep tauhid.

Dengan kata lain, perulangan ini memungkinkan lahirnya banyak mini puncak dan peleraian sepanjang masa. Ini bermakna tidak ada satu sahaja pendakian puncak yang akan membawa kepada satu tension atau antiklimaks atau tragedi sebagai penutupnya. Ini ialah kerana fitrah konsep hidup Islam sendiri tidak mengenal tragedi.

Kesatuan seni Islam pada umumnya dan genre handasah al-sawt khususnya adalah berbeza. Ia tidak boleh diterangkan dengan mengambil contoh satu tema tunggal; dengan menghuraikan ciri-ciri seseorang, sesuatu objek atau suatu suasana; atau dengan menyanyikan satu tema yang terkenal. Sebaliknya, seseorang itu mestilah mengalami karya seni itu sebagai struktur yang terbuka dan dapat dikembangkan.


Tulisan SHAHAROM TM SULAIMAN (Kosmo)

Monday, July 14, 2008

Ujian Selaras 3 SKSV

Selasa 15 Julai

BM Pem 8.00 - 8.50
BM Pen 9.00 - 10.15
Matematik 2 11.00 - 11.40
P. Islam / Moral 11.50 - 12.50

Rabu 16 Julai

Matematik 1 8.00 - 9.00
PJK 9.10 - 10.10
Jawi 11.00 - 12.00
Kajian Tempatan 12.10 - 1.10

Khamis 17 Julai

Bahasa Inggeris 1 8.00 - 8.50
Bahasa Inggeris 2 9.00 - 10.15
Sains 11.00 - 12.15
Sivik 12.20 - 1.20

Jumaat 18 Julai

PSV 8.00 - 9.00
KH 9.10 - 10.10

Saturday, July 12, 2008

Qari, qariah Perak johan tilawah - B. Harian


MILIK PERAK: Qari dan qariah dari Perak Shamsul Arifin dan Sharifah Khasif diisytihar johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 51 di Dewan Wawasan, Jitra.

Guru, naib johan AQ3 tewaskan 25 peserta

JITRA: Perak mengungguli pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini apabila qari dan qariahnya menjuarai pertandingan yang berlangsung di Dewan Wawasan, di sini.

Shamsul Ariffin Supian, guru sekolah agama di Perak dan Sharifah Khasif Fadzilah Badiuzzaman, pegawai perhubungan awam di Kuala Lumpur menewaskan 25 peserta lain dengan masing-masing mendapat markah 81 peratus dan 79 peratus.

Kedua-duanya peserta Perak berkenaan memenangi tempat ketiga dalam Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-48 di Terengganu, pada 2005.

Sharifah Khasif juga adalah pemenang kedua program realiti televisyen bercorak Islam, Akademi al-Quran musim ketiga (AQ3), tahun ini.

Kemenangan itu membolehkan Shamsul Ariffin dan Sharifah Khasif, masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, pakej haji, cenderahati dan sijil penyertaan, yang disampaikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Dengan kemenangan itu, Perak juga dinobatkan sebagai johan keseluruhan tilawah tahun ini.

Naib johan qari pula dimenangi guru pelatih dari Melaka, Azraie Abd Hak dengan markah 79.33 peratus manakala tempat ketiga disandang qari Sabah, Abdullah Abd Wahid yang memperoleh markah 79 peratus.

Farah Ilyani Zakaria dari Sarawak muncul naib johan qariah, mengumpul 78.67 peratus manakala qariah Pahang, Shabiroh Zain, menduduki tempat ketiga dengan markah 78 peratus.

Naib johan dalam kedua-dua kategori itu meraih wang tunai RM7,000, cenderahati dan sijil manakala pemenang tempat ketiga memperoleh RM5,000, cenderahati dan sijil.

Terdahulu, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim ketika menutup majlis tilawah itu bertitah, umat Islam hendaklah sentiasa berinteraksi dengan al-Quran kerana ia adalah kunci ilmu kemajuan manusia.


* Komen Peribadi Penulis: Johan Qari Tilawah kali ini bukanlah seorang yang asing bagi penulis. Walaupun jarang bertemu secara langsung dengannya, namun hubungan silaturrahim antara keluarga penulis dengan keluarga beliau sangat akrab. Sehinggakan semasa majlis tahlil untuk arwah ayahanda penulis diadakan pada April 2006, Us. Syamsul yang mengetuai bacaan tersebut bersama rombongan murid2 nya dari SMKA Kerian. Sekalung tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini mendorong lebih ramai lagi GPI di negeri Perak untuk belajar Ilmu Tarannum dan Qiraat dari Us. Syamsul. Khususnya kepada wakil Qari Daerah Btg Padang yg juga seorang Guru SKSV.

Thursday, July 10, 2008

Karnival Pra Sekolah Kelompok 6

SKSV akan menjadi tuan rumah Karnival Pra Sekolah Kelompok 6 seperti berikut :
  • Tarikh : 12 Julai 2008
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 tgh
  • Tempat : SKSV

9 buah sekolah kelompok 6 Pra Sekolah akan mengambil bahagian dalam beberapa acara yang akan dipertandingkan pada kali ini. Datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis...

30 minit pertama untuk Aktiviti Kerohanian

SKSV telah mengkhususkan 30 minit pertama pada setiap hari Jumaat untuk Aktiviti Kerohanian . Ini adalah melibatkan semua murid Islam Tahun 1-6.

Bagi murid Tahun 1 - 4, aktiviti dijalankan di kelas masing-masing. Antara contoh pengisian ialah, semakan Bacaan Dalam Solat, Hafazan Surah Lazim, Nasyid Asma'ul Husna, Ayat Kursi, dan Perkara Asas Fardhu Ain.
Untuk Murid Tahun 5-6, Bacaan Surah Yasin diadakan di Surau An-Nur, seterusnya murid Tahun 6 akan mendirikan solat Hajat yang dipimpin secara bergilir oleh dua orang guru lelaki SKSV.

Diharapkan semoga keberkatan ibadat akan diganjar Ilahi.

Tuesday, July 8, 2008

Soalan Ujian Jawi Tahun 5

Untuk GPI Tahun 5 yang ingin melihat soalan Ujian Selaras 3 Jawi boleh ambil idea dan beri komen... Pastikan komputer anda tersedia dengan Word 2007 (docx) font jawi alhami.. Semoga dapat sama-sama bantu membantu..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Saya GPI baru mengajar,
Kalau salah.. jangan ditukarkan..


klik di sini

Monday, July 7, 2008

Soalan Ujian Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6

Salam.. Untuk GPI yang ingin melihat contoh soalan Ujian Selaras 3 Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6, boleh klik di sini.. dan beri komen... Pastikan komputer anda tersedia dengan Word 2007 (docx) font jawi alhami.. Semoga dapat sama-sama bantu membantu..

soalan Pendidikan Islam? klik sini ------>>> P. Islam Tahun 6
soalan Jawi? klik sini ----->>> Jawi Tahun 6

Islam Liberal.. Tahukah anda?

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2008 PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (PUM)

PENGENALAN

Disiplin ilmu dalam pengajian secara tradisinya dibahagikan kepada tiga kategori; Syariat, Usuluddin dan Tassauf. Dalam setiap disiplin ilmu terdapat prinsip kerangka dan metodologinya tersendiri yang secara asanya bertunjang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Dengan lain perkataan, para ulama’ telah meletakkan asas-asas metodologi penting, bagaimana berinteraksi dengan isu-isu pemikiran, aqidah, hukum, kemasyarakatan, maslahat dan sebagainya.

Sebagai contoh, dalam usaha mengistinbatkan hukum, para ulama telah meletakkan asas dan metodologinya sebagai yang terkandung dalam disiplin usul al-Fiqh. Ini bermakna hanya pihak-pihak tertentu yang berkeahlian sahaja layak bercakap mengenainya. Begitu juga cara berinteraksi dengan perbendaharaan fiqh warisan ulama’.

Sehubungan itu, terdapat dikalangan umat Islam yang telah dan sekarang berusaha berbicara mengenai Islam tanpa asas kukuh dan tanpa metodologi yang telah mantap diakui para ulama’. Kebanyakkan mereka berusaha membebaskan diri mereka daripada hukum-hukum yang telah di established. Mereka terlalu bergantung kepada maqasid syariat sehingga mengabaikan metodologi yang telah digariskan. Bahkan bagi mereka, semua orang tanpa mengira latar belakang ilmu, keahlian layak bercakap mengenai Islam. Golongan ini dikenali sebagai Islam Liberal.


OBJEKTIF

  1. Menjelaskan asas-asas dalam pemikiran Islam.
  2. Mengenalpasti penyelewengan dan penyimpangan fahaman Islam Liberal dari ajaran Islam.
  3. Mengenalpasti usaha-usaha yang perlu diambil bagi membendung fahaman ini.
  4. Mengumpulkan para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang tentang fahaman Islam liberal.

TEMA

Menangani Pemikiran Islam Liberal di Malaysia

ANJURAN

Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

TARIKH

23 dan 24 Ogos 2008 / 20 dan 21 Syaaban 1429

TEMPAT

Akan dimaklumkan kemudian (Sekitar Lembah Kelang)

PENYERTAAN

Seminar ini akan disertai oleh para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, badan-badan kebajikan dan lain-lain pertubuhan serta orang perseorangan.

TOPIK PEMBENTANGAN

Sebanyak 10 kertas kerja berkaitan dengan pemikiran Islam akan dibahas dan dibentangkan beserta dengan kertas kerja sisipan yang diterima.

1. Asas-Asas Utama Dalam Pemikiran Islam

2. Sejarah dan Metodologi Islam Liberal

3. Pandangan Tokoh-Tokoh Islam Liberal

4. Penulisan-Penulisan Islam Liberal

YURAN PENYERTAAN

Pertubuhan : RM150.00

Individu : RM100.00

Mahasiswa / Pelajar : RM 50.00

Bayaran adalah untuk kit seminar, jamuan ringan dan makanan serta kos pengurusan. (Penginapan tidak disertakan).

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 21 Ogos 2008 dengan menghubungi:

Talian : 019-384 2920 / 016-274 6550 (Azmi)

03-7955 4300 (PUM)

Faks : 03-7955 4300 (PUM)

Email : pumpusat@yahoo.com

Persatuan Ulama’ Malaysia

8-4, The Right Angle,

Jalan 14/22, Sekysen 14,

46100 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan

Web: http://seminarliberal2008.wordpress.com/

* GPI SKSV tiada kaitan secara langsung dalam penganjuran seminar ini. Sekadar mewar-warkan program yg difikirkan bermanfaat untuk semua.

Sunday, July 6, 2008

Laman Baru "j-qaf.info"

Teks berikutnya dipetik dari laman portal j-qaf.net yang akan melancarkan satu forum khas untuk guru-guru jqaf yang ingin mencari pasangan tukar suka sama suka.. Semoga ianya bermanfaat untuk para pembaca blog...

"....Alhamdulillah, setelah mencari masa dan mengorbankan sedikit wang, j-QAF.info akan berfungsi pada 070708.

Seperti yang dijanjikan, forum khas untuk mencari partner tukar suka sama suka telah saya usahakan dan akan berfungi, insyallah, pada 070708.

Komuniti itu hanya untuk mereka yang ingin mencari partner tukar suka sama suka sahaja dan tidak mengandungi sebarang forum atau fungsi selain itu.

Terima kasih atas doa kalian semua. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk saya berbakti kepada semua melalui lahirnya j-QAF.info.

Untuk pengetahuan, forum tersebut memerlukan pendaftaran baru. Kepada yang berminat, sila daftar di http://www.j-qaf.info mulai pagi 070708...."

-sila baca sepenuhnya di sini

Friday, July 4, 2008

Analisa PKSR 1 2008 Pendidikan Islam & Jawi

Tahun MP CALON Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E LULUS GAGAL
(80-100) (60-79) (40-59) (20-39) (0-19) A/B/C D / E
H TH J Bil Prts Bil Prts Bil Prts Bil Prts Bil Prts Bil Prts Bil Prts
Tahun 1 P.I 29 5 34 10 34.5% 10 34.5% 7 24.1% 1 3.4% 1 3.4% 27 93.1% 2 6.9%
JAWI 30 4 34 12 40.0% 4 13.3% 5 16.7% 8 26.7% 1 3.3% 21 70.0% 9 30.0%
Tahun 2 P.I 34 1 35 5 14.7% 11 32.4% 16 47.1% 2 5.9% 0 0.0% 32 94.1% 2 5.9%
JAWI 34 1 35 12 35.3% 7 20.6% 10 29.4% 5 14.7% 0 0.0% 29 85.3% 5 14.7%
Tahun 3 P.I 43 2 45 12 27.9% 12 27.9% 16 37.2% 2 4.7% 1 2.3% 40 93.0% 3 7.0%
JAWI 42 3 45 12 28.6% 6 14.3% 12 28.6% 10 23.8% 2 4.8% 30 71.4% 12 28.6%
Tahun 4 P.I 27 0 27 14 51.9% 7 25.9% 5 18.5% 1 3.7% 0 0.0% 26 96.3% 1 3.7%
JAWI 27 0 27 15 55.6% 5 18.5% 4 14.8% 1 3.7% 2 7.4% 24 88.9% 3 11.1%
Tahun 5 P.I 47 2 49 11 23.4% 12 25.5% 14 29.8% 9 19.1% 1 2.1% 37 78.7% 10 21.3%
JAWI 47 2 49 6 12.8% 8 17.0% 3 6.4% 8 17.0% 22 46.8% 17 36.2% 30 63.8%
Tahun 6 P.I 39 0 39 6 15.4% 9 23.1% 11 28.2% 11 28.2% 1 2.6% 26 66.7% 12 33.3%
JAWI 38 1 39 7 18.4% 6 15.8% 11 28.9% 7 18.4% 7 18.4% 24 63.2% 14 36.8%






































P. I



Jumlah
%
JAWI



Jumlah
%


Lulus keseluruhan
188/219 85.8

Lulus keseluruhan
145/218 66.5


Gagal


31/219 14.2

Gagal


73/218 33.5

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin